Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan Bakar Kukus. Alhamdulillah dapat juga siapkan kek coklat lembab, gebu, lembut dan sedap versi bakar untuk makan bersama anak-anak serta suami di rumah. Anak anak terlampau suka lah jika dapat makan apa apa yang ada coklat ni, mesti melompat keriangan sekejap lagi. Untuk makluman kawan-kawan resepi kek coklat yang saya kongsikan ini bukan boleh bakar sahaja tau, kalau nak dijadikan resepi kek coklat kukus pun boleh tau. Orang cakap resepi dua dalam satu. Saya kongsikan resepi kek coklat simple sukatan cawan :

Resepi Kek Coklat Bakar Simple
Resepi Kek Coklat Bakar Sukatan Cawan


Resepi Kek Coklat Sukatan Cawan Bakar Mudah Sedap

Bahan untuk resepi kek coklat lembab bakar sukatan cawan :

Bahan A

  1. Satu cawan air
  2. Satu cawan minyak masak
  3. Satu cawan gula
  4. Satu cawan susu pekat
  5. Satu cawan serbuk koko
  6. Dua biji telur gred A
  7. Secubit garam ( tak letak pun takpe tapi saya letak sikit untuk naikkan rasa lemak)


Bahan B ( Gaul dan Ayak )

  1. Satu cawan tepung gandum
  2. Setengah sudu teh baking powder
  3. Setengah sudu teh soda bikarbonat


Cara Buat Kek Coklat Bakar Dalam Oven

  1. Masak bahan A sampai gula larut guna api sederhana
  2. Pukul telur dalam mangkuk lain dan masukkan ke dalam bahan A.
  3. Dah masak, tutup api dan biarkan seketika.
  4. Apabila adunan bahan A sudah agak suam, masukkan Bahan B. Kacau sampai sebati.
  5. Sapukan loyang dengan sedikit minyak
  6. Tuang adunan kek coklat bakar ke dalamnya.
  7. Bakar pada suhu 150 selama 40 minit atau sampai masak. Bergantung kapasiti oven anda.


Resepi Topping Coklat Moist

Bahan untuk resepi topping kek coklat moist :

  1. Satu cawan minyak masak
  2. Satu cawan serbuk koko
  3. Satu cawan susu pekat
  4. Satu per empat cawan susu cair ( ini saya tambah sendiri, resepi asal takde pun )

Cara Buat Topping Coklat

Cara cara membuat topping coklat simple :

  1. Panaskan semua bahan diatas dapur. 
  2. Kacau sampai sebati dan tidak berketul.


Cara Membuat Kek Coklat Bakar

Apabila kek sudah sejuk, letakkan topping dan hiaskan guna kekacang atau coklat rice atau kekacang. Atas selera masing-masing. Cara nak buat kek coklat bakar mudah je kan. Selamat mencuba semua.