Resepi Kek Coklat Karamel Kukus Sukatan Cawan. Setel makanan untuk petang ini iaitu kek coklat karamel yang mudah dan sedap. Memang sedap, lembut dan gebu. Sesiapa yang nak cuba buat saya kongsikan resepi kek coklat karamel kukus mudah step by step :

Resepi Kek Coklat Karamel Kukus Sukatan Cawan
Resepi Kek Coklat Karamel Kukus Sukatan Cawan

Resepi Puding Caramel Kukus Sukatan Cawan

Bahan A ( Gula Karamel ) :


  1. Dua  sudu besar gula 

Cairkan dalam loyang guna api perlahan sampai jadi warna perang. Ratakan serta sejukkan

Bahan B :

  1. Setengah cawan susu pekat
  2. Satu cawan susu cair
  3. Tiga biji kuning telur
  4. Sedikit esen vanila
Cara Buat Puding Karamel Mudah

Cara cara membuat puding karamel sukatan cawan :


  1. Kisar semua bahan diatas sampai sebati.
  2. Kemudian, tuang adunan ke dalam loyang karamel tadi
  3. Kukus selama lima belas minit hingga dua puluh minit.
Cara nak tahu puding kukus sudah masak adalah apabila kita goyang loyang dia macam padat.

Resepi Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi kek coklat simple :
  1. Empat biji telur
  2. Satu cawan gula
  3. Setengah cawan susu pekat
  4. Satu cawan susu cair
  5. Satu cawan minyak masak
  6. Satu  cawan serbuk koko
  7. Satu cawan air panas
Bahan ayak :

  1. Satu cawan tepung gandum
  2. Satu sudu kecil soda bikarbonat
  3. Satu sudu kecil baking powder

Cara Buat Kek Coklat Karamel Kukus

Cara cara membuat kek coklat karamel kukus :


  1. Pukul telur bersama gula sampai kembang
  2. Masukkan susu pekat dan susu cair serta pukul lagi sampai sebati
  3. Kemudian masukkan minyak masak, kembali pukul
  4. Masukkan bahan ayak sedikit demi sdikit,gaul sebati guna spatula sahaja
  5. Selepas itu, masukkan air panas dan kacau hingga sebati.


Akhir sekali, tuang adunan kek coklat ke atas puding karamel dan kukus sampai selama empat puluh minit atau sampai masak. Cara nak tahu kek coklat karamel dah masak ke belum, cucuk guna garfu kalau keluar bersih maknanya kek tersebut sudah masak. Dah masak, tunggu dalam dua tiga minit dan terbalikkan dengan berhati hati elak kek pecah atas bekas yang telah anda sediakan. Jangan sampai sejuk tau, takut karamel melekat pada loyang, Selamat mencuba.