Resepi Kek Coklat Kukus Lembut dan Gebu Sukatan Cawan. Kek coklat kukus gebu gebas untuk minum petang.. Gembira tengok kejadian kek coklat kukus kali ini sebab tak merekah langsung, hanya yang tengah-tengah tu je terdapat kesan titisan air kukus kerana sata tak guna tuala untuk balut. Kek coklat kukus lembut sangat-sangat.Satu adunan memang banyak saya dapat tiga bekas.Ini semua hasil panduan resepi kek coklat kukus sukatan cawan ibu mertuaku. Saya kongsikan resepi kek coklat kukus simple :



Resepi Kek Coklat Kukus Gebu Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi kek coklat kukus mudah ;

  1. Satu tin susu sejat
  2. Satu tuin susu pekat
  3. Satu tin gula
  4. Satu tin minyak masak
  5. Satu tin menggunung tepung
  6. Setengah tin serbuk koko
  7. Enam biji telur
  8. Sedikit esen vnila
  9. Satu sudu besar ovelette
  10. Dua sudu kecil soda bikarbonat



Cara Buat Kek Coklat Kukus Mudah

Cara cara membuat kek coklat kukus paling mudah :

  1. Mix susu sejat, susu pekat, gula, ovelette, minyak masak sampai sebati
  2. Pukul telur hingga kembang dan campurkan ke dalam adunan.
  3. Ayak tepung bersama soda bikarbonat
  4. Campurkan kesemua bahan tadi dan kacau sebati (guna senduk je)
  5. Sapu loyang atau bekas dengan minyak sikit
  6. Tuang adunan kek coklat kukus ke dalamnya.


Akhir sekali, ambil adunan kek coklat kukus selama satu jam atau sampai masak. Siap untuk dihidangkan, selamat mencuba.