Resepi Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan Lembut Simple. Kek coklat kukus lembut, lembab dan sedap. Cara buat kek coklat kukus simple sahaja. tapi sedap yang amat. Tanpa mixer, tanpa blender dan tanpa oven. Makan kek coklat begitu sahaja pun sudah sedap tanpa topping. Tapi untuk kali ini saya terpaksa tabur snow powder dan hias dengan coklat kitkat atas permintaan anak tersayang. Saya kongsikan resepi kek coklat kukus mudah dan sedap :

Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan Simple
Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan


Resepi Kek Coklat Kukus Simple Sedap Ringkas Senang

Bahan untuk kek coklat kukus sedap :

Bahan A

  1. Setengah cawan butter
  2. Setengah cawan minyak
  3. Tiga per empat cawan susu cair
  4. Tiga per empat cawan gula pasir ( + dua sudu makan )


Bahan B

  1. Dua biji telur ayam ( pukul pakai garfu sampai berbuih )


Bahan C ( gaul dan ayak )

  1. Satu cawan tepung gandum
  2. Satu per empat cawan serbuk koko
  3. Setengah sudu teh baking powder
  4. Setengah sudu teh baking soda
  5. Garam secubit


Cara Buat Kek Coklat Paling Mudah

Cara cara membuat kek coklat kukus :

  1. Panaskan pengukus
  2. Ambil loyang kecil saiz 20 cm dan alaskan dengan baking paper
  3. Campurkan semua bahan A.Masak dan sentiasa kacau sampai gula larut. Matikan api dapur.
  4. Tunggu sejuk kemudian masukkan telur yang telah dipukul tadi. Kacau sampai sebati
  5. Masukkan pula bahan C. Gaul lagi sampai sebati.

Akhir sekali, tuang adunan kek coklat ke dalam loyang. Tutup penutup loyang guna balut penutup pengukus atau aluminium foil agar air tidak menitis pada permukaan kek. Kukus sampai masak. Cara nak tahu kek kukus dah masak ke belum, cucuk guna lidi atau garfu, jika keluar bersih maknanya sudah masak lah kek tersebut. Selamat mencuba.