Resepi Kek Keju Jepun Kukus Sukatan Cawan

Resepi Kek Keju Jepun Kukus Sukatan Cawan. Cotton Cheese Cake atau dalam Bahasa Malaysia adalah Kek Keju Jepun. Sebelum ni asyik beli je kek keju jepun gebu gebas, lembut dan sedap ini sebab masa yang selalu mencemburui.  Anak-anak semua suka. Jom saya kongsikan resepi kek keju jepun kukus mudah sukatan cawan.

Resepi Kek Keju Jepun Mudah Sukatan Cawan
Resepi Kek Keju Jepun Kukus Sukatan Cawan


Resepi Kek Keju Jepun Mudah Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi kek keju jepun simple :

  1. Tiga biji telur (asingkan putih dan kuning telur )
  2. Setengah Cawan Cream Cheese atau 120 gram
  3. Setengah cawan Susu Pekat Manis atau 120 gram


Cara Buat Kek Keju Jepun

Cara cara membuat kek keju jepun :

  1. Mix cream cheese bersama susu sampai sebati. Jangan ketul-ketul tau.
  2. Masukkan telur kuning yang telah kita asing tadi dan pukul sebati
  3. Pukul telur putih dalam mangkuk lain hingga jadi merengue, bila terbalik kan telur tidak jatuh (rujuk gambar atas).
  4. Pastikan semua alatan sudah di lap kering tahap gila. Jangan ada secalit minyak atau air pun.
  5. Masuk kan merengue tadi ke dalam adunan pertama, gaul perlahan hingga sebati
  6. Sediakan loyang kecik dan sapukan dengan majerin atau minyak masak agar kek keju tak melekat nanti

Akhir sekali, bakar guna api atas bawah pada suhu 150 selama 45 minit atau sampai masak bergantung pada oven masing-masing. Yang nak kukus,  tambah satu sudu kecil soda bikarbonat  dalam adunan dan kukus guna api selama sejam. Selamat mencuba. 

No comments:

Post a Comment

×