Resepi Kek Marble Kukus Sukatan Cawan. Habuan untuk anak-anak petang ini, kek marble kukus yang lembut dan gebu. Sebenarnya tadi nak bakar tapi terlupa yang baking powder sudah habis. Jadi saya kukus sahaja,ingatkan tak jadi rupa rupanya nilailah sendiri. Resepi kek marble gebu sukatan cawan saya sertakan sekali.

Resepi Kek Marble Kukus Sukatan Cawan
Resepi Kek Marble Kukus


Resepi Kek Marble Kukus Simple Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi kek marble sukatan cawan :

  1. Dua cawan tepung gandum
  2. Satu cawan majerin
  3. Satu cawan gula
  4. Tiga biji telur saiz A
  5. Setengah cawan susu pekat
  6. Satu sudu teh soda bikarbonat
  7. Satu sudu teh esen vanila
  8. Tiga sudu makan serbuk koko
  9. Pewarna ikut suka

Cara Buat Kek Marble Kukus

Cara cara membut kek marble kukus

  1. Putar telur, majerin dan gula hingga kembang
  2. Masukan esen venila, susu pekat, soda bikatbonat. Putar sekejap sahaja
  3. Masukkan tepung, pukul sampai tepung sebati.
  4. Kemudian, asingkan separuh adunan dan separuh lagi letak serbuk koko (kaup balik je). 

Akhir sekali, ambil adunan kek marble kukus selama  satu jam atau sampai masak. Mudah saja kan cara nak buat kek marble kukus.Selamat mencuba.