Resepi Kek Marble Rice Cooker Sukatan Cawan

Resepi Kek Marble Rice Cooker Sukatan Cawan. Pertama kali buat kek guna rice cooker. Syukur menjadi dengan jayanya. Lembut dan gebu gitu. Resepi kek guna rice cooker simple sahaja. Sesiapa yang sebelum ini tak pernah buat kek pun rasanya Insyaallah menjadi kalau guna resepi kek guna periuk nasi ini. Saya kongsikan ya resepi marble pelangi sukatan cawan guna rice cooker.

Resepi Kek Marble Rice Cooker
Kek Marble Rice Cooker


Resepi Kek Marble Rice Cooker  Simple Sedap Mudah

Bahan untuk resepi kek marble periuk nasi :

Bahan A

  1. Dua biji telur
  2. Setengah cawan minyak masak
  3. Setengah cawan gula
  4. Dua sudu susu pekat
  5. Satu sudu kecil ovalette


Bahan B

  1. satu cawan tepung gandum
  2. Satu sudu kecil baking powder


Cara Buat Kek Rice Cooker

Cara buat kek guna periuk nasi :

  1. Kisar semua A
  2. Masukkan tepung gandum dan baking powder
  3. Bahagikan adunanan kepada beberapa bahagian.
  4. Titiskan pewarna


Akhir sekali, masak macam masak nasi biasa selama setengah jam. Siap.

No comments:

Post a Comment