Resepi Kerepek Pisang Manis Rangup

Resepi Kerepek Pisang Manis dan Rangup. Bila raya bermacam jenis biskut raya dan kuih raya yang tuan rumah hidangkan kepada tetamu. Namun, kerepek pisang juga yang selalu menjadi pilihan dan cepat habis. Bagilah banyak mana pun tak akan pernah cukup. Ada ke hantu kerepek pisang macam saya? Jom saya kongsikan resepi kerepek pisang simple :

Resepi Kerepek Pisang Rangup
Resepi Kerepek Pisang Manis

Resepi Kerepek Pisang Rangup Dan Sedap

Bahan untuk resepi kerepek pisang mudah :
  1. Pisang yang masih belum masak ( saya selalu buat guna pisang berangan atau nangka) 
  2. Satu sudu besar planta
  3. Garam
  4. Gula Halus


Cara Buat Kerepek Pisang Manis

Cara cara membuat kerepek pisang rangup :

  1. Sapukan minyak masak pada pisau dan tangan kalau tak nak getah pisang melekat
  2. Kupas kulit pisang dan basuh sampai bersih. Toskan.
  3. Ambil besen dan isi air bersama sedikit garam ke dalamnya.
  4. Letak penyagat diatas besen supaya hirisan pisang tidak melekat antara satu sama lain dan sagat pisang secara memanjang, menegak atau serong. Ikut citarasa masing-masing. 
  5.  Toskan sekali lagi.
  6. Kemudian, panaskan minyak masak
  7. Masukkan satu sudu besar planta
  8. Masukkan pisang yang telah siap dihiris
  9. Akhir, kacau untuk kerepek pisang garing sekata 


Bila nampak agak-agak dah kekuningan dan rangup Boleh lah angkat dan toskan. Tunggu sejuk baru tabur dengan gula halus. Nak senang, masukkan kerepek pisang ke dalam bekas dan goncang bersama gula halus. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment