Resepi Kuih Bakar Pandan aka Bingka Pandan Sukatan Cawan. Sebelum ini saya pernah kongsi resepi bahulu kemboja yang tahan lama dan di gemari ramai terutama oleh penduduk di negeri Selangor. Sekarang saya hendak kongsikan pula satu lagi resepi kuih tradisional iaitu resepi kuih bingka pandan sukatan cawan. Harap bermanfaat.

Resepi Kuih Bingka Pandan Sukatan Cawan
Resepi Kuih Bakar Sukatan Cawan


Resepi Kuih Bakar Pandan Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi kuih bakar pandan mudah :

  1. Dua cawan tepung gandum
  2. Satu cawan gula
  3. Satu cawan air pandan ( kisar daun pandan dan tapis )
  4. Tiga cawan santan  ( Dua kotak santan dan satu cawan air )
  5. Tiga biji telur
  6. Dua sudu besar butter
  7. Setengah sudu kecil garam
  8. Pewarna hijau atau pandan paste
  9. Bijan

Cara:Buat Kuih Bakar

Cara cara membuat kuih bakar :

  1. Satukan semua bahan ke dalam pengisar kecuali bijan. Kisar sampai sebati.
  2. Sapukan loyang guna minyak masak untuk elak kuih bakar melekat dan masukkan ke dalam oven.
  3.  Apabila loyang sudah panas, tuang adunan kuih bakar ke dalamnya.
  4. Taburkan bijan kalau suka

Akhir sekali, bakar selama 45 minit pada suhu 180C atau sampai masak menggunakan api atas bawah. Untuk mendapatkan permukaan kuih bakar yang garing, sepuluh minit sebelum masak guna api atas sahaja. Dah siap nanti, biarkan sejuk baru potong. Selamat mencuba.

> Resepi Bahulu Kemboja Asli Original Tradisional Sukatan Cawan