Resepi Kuih Gunting Manis Pedas Rangup Sedap Simple

Resepi Kuih Gunting Manis Pedas Rangup Sedap Simple. Awal pagi sudah bersilat di dapur siapkan kuih gunting untuk santapan keluarga petang nanti. Resepi kuih gunting tradisional turun temurun keluarga saya ketika hampir menjelang hari raya. Rasa kuih gunting rangup, lemak manis dan pedas pedas gitu. Jom saya kongsikan resepi kuih gunting mudah.

Resepi Kuih Gunting Pedas
Resepi Kuih Gunting Sedap

Resepi Kuih Gunting Pedas Rangup Lemak Manis Ringkas

 Bahan untuk resepi kuih gunting simple :

  1. Satu kilogram tepung gandum
  2. Satu paket kecil serbuk kari daging
  3. Satu biji telur ayam
  4. Empat sudu besar marjerin
  5. Susu pekat manis
  6. Daun sup
  7. Garam secukup rasa
  8. Air secukupnye


Cara Buat Kuih Gunting Pedas

Cara buat kuih gunting manis :

  1. Mula mula cairkan majerin bersama susu pekat manis
  2. Pukul telur bersama majerin yang telah dicairkan bersama susu tadi
  3. Pada bekas lain, satukan tepung gandum, daun sup, garam dan rempah kari
  4. Masukkan telur dan majerin yang telah siap dipukul dan gaul.
  5. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang tidak melekat pada tangan.
  6. Gelek rata adunan guna botol atau yang sewaktu dengannya
  7. Gunting adunan tersebut.


Akhir sekali, panaskan minyak dan goreng menggunakan api sederhana sampai masak. Toskan dan masukkan ke dalam bekas kedap udara.Cara buat kuih gunting mudah je kan, selamat mencuba semua.

No comments:

Post a Comment

×