Resepi Kuih Kapit Sukatan Cawan Rangup Sedap Tradisional

Resepi Kuih Kapit Sukatan Cawan Tradisional Rangup. Bila mula sediakan bahan untuk membuat kuih kapit, tetiba teringat kenangan silam. Seawal usia tingkatan satu, saya dan kakak sudah mula menyepit kuih love letter untuk membantu ekonomi keluarga. Al maklum kami bukan orang senang. Kami akan mula beroperasi seawal pagi sampai lah ke maghrib. Masak di luar rumah bawah pokok gajus. Ketika itu masih menggunakan arang. Hari ini masak dalam rumah je, beli acuan kuih kapit elektrik.

Resepi Kuih Kapit Sukatan Cawan Rangup
Resepi Kuih Kapit Sukatan Cawan



Resepi Kuih Kapit Rangup Sedap Mudah Simple Ringkas

Bahan untuk resepi kuih kapit mudah :

  1. Empat biji telur
  2. Tiga cawan tepung gandum
  3. Satu setengah cawan gula
  4. Vanila dan secubit garam
  5. Satu biji kelapa ( Ambil  dua cawan santan )

Cara Buat Kuih Kapit

Cara cara membuat kuih kapit :

  1. Pukul telur dn gula sampai putih
  2. Masukkan vanila dan garam
  3. Masukkn tepung sedikit demi sedikit dan kacau sampai sebati.
  4. Masukkan santan dan sebatikn.
  5. Letak sesudu dalam acuan dan sepit sehingga masak.

Dah masak terus lipat atau gulung. Tindih dengan sesuatu agar lipatan tidak terbuka. Siap. Kepada yang sedang mencari resepi kuih kapit coklat boleh rujuk pada pautan kat bawah.

> Resepi Kuih Kapit Coklat Rangup Sukatan Cawan

No comments:

Post a Comment