Resepi Kuih Lapis Pelangi Sukatan Cawan

Resepi Kuih Lapis Pelangi Kukus Sukatan Cawan. Sebelum ini saya pernah kongsikan resepi kuih lapis bunga-bunga cinta misha omar. Hari ini saya nak kongsikan satu lagi resepi kuih lapis moden iaitu kuih lapis pelangi. Resepi kuih lapis pelangi simple sahaja, saya guna resepi kek lapis sukatan cawan.


Resepi Kuih Lapis Pelangi Sukatan Cawan
Resepi Kuih Lapis Pelangi


Resepi Kuih Lapis Sukatan Cawan Mudah Sedap Simple

Bahan untuk resepi kuih lapis pelangi sedap :

  1. Dua cawan tepung beras
  2. Satu cawan tepung gandum
  3. Dua sudu besar tepung jagung
  4. Tiga cawan santan
  5. Satu cawan Gula
  6. Pewarna

Cara Buat Kuih Lapis Pelangi

Cara cara membuat kuih lapis pelangi :

  1. Kisar atau blender semua bahan sampai tidak berketul.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian.
  3. Bubuh pewarna yang berlainan pada setiap bahagian.
  4. Sapu minyak pada loyang untuk elak kuih lapis melekat bila siap nanti.

Akhir sekali, kukus selapis demi selapis. Lapisan semua lapisan selama empat minit kecuali lapisan terakhir selama lima belas minit. Dah siap, tunggu sejuk dulu baru potong. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment