Resepi Kuih Lidah Buaya Sukatan Cawan Rangup Mudah. Lepas masak sarapan, terus saya buat kuih tradisional iaitu kuih lidah buaya untuk jajan anak anak depan tv. Saya pun suka sangat kuih lidah buaya sebab rangup gitu. Dengar kata kuih ini ada banyak juga nama, lain tempat lain nama. Contohnya kuih tiram, kuih sebana, dan ada juga yang panggil kuih lidah kucing. Tempat korang panggil apa ye kuih tiram yang sedap dan mudah ini ? Jom saya kongsikan resepi kuih lidah buaya tradisional :

Resepi Kuih Lidah Buaya Rangup
Resepi Kuih Lidah Buaya


Resepi Kuih Lidah Buaya Mudah Sedap Ringkas Tradisional

Bahan untuk resepi kuih lidah buaya simple :
  1. Satu kilogram tepung
  2. Tiga sudu besar minyak masak
  3. Satu sudu teh garam halus
  4. Air secukupnya


Bahan bancuh :

  1. Empat sudu makan minyak masak
  2. Tiga sudu makan tepung ubi


Cara Buat Kuih Lidah Buaya

Cara cara membuat kuih lidah buaya step by step :

  1. Satukan semua bahan A ( kecuali air ) dan kacau sampai sebati.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan berhenti apabila doh sudah tidak melekat pada tangan.
  3. Canaikan doh lidah buaya
  4. Sapukan bancuhan minyak masak dengan tepung upi
  5. Gulung dan potong
  6. Tekan sikit adunan
  7. Ulang sampai habis

Akhir sekali, goreng sampai warna bertukar keperangan. Dah siap, toskan, sejukka dan taburkan gula halus. Siap.