Resepi Kuih Ros Rangup Sukatan Cawan

Resepi Kuih Ros aka Kuih Goyang aka Kuih Loyang Rangup Sukatan Cawan. Tempat anda panggil apa kuih ros tradisional dan rangup ini ? Asalnya nak buat biskut snow almond, tetiba rasa nak makan kuih bunga ros pulak eh. Alang-alang barang sudah ada, kita tangguhkan dahulu seketika niat buat biskut snow almond, kita buat kuih ros goyang. Resepi kuih ros simple sahaja, saya guna resepi kuih loyang sukatan cawan :

Resepi Kuih Loyang Sukatan Cawan
Resepi Kuih Loyang Sukatan Cawan

Resepi Kuih Ros Sukatan Cawan Mudah Sedap Simple

Bahan untuk resepi kuih ros mudah :

  1. Dua cawan tepung beras
  2. Setengah cawan tepung gandum
  3. Satu cawan gula
  4. Tiga biji telur
  5. Santan secukupnya (anggaran dalam dua cawan)
  6. Pewarna kuning (kalau suka)

Cara Buat Kuih Ros Rangup

Cara cara membuat kuih ros rangup :

  1. Masukkan tepung beras,tepung gandum serta gula Gaul rata
  2. Masukkan telur dan gaul lagi.
  3. Masukkan santan dan gaulkan perlahan-lahan sampai gula larut dan adunan tidak berketul.
  4. Adunan hendaklah tidak terlalu cair.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali
  6. Masukkan acuan di dalam minyak dan biarkan seketika sehingga acuan menjadi cukup panas.
  7. Apabila acuan sudah panas, celupkan acuan ke dalam adunan, jangan sampai penuh acuan. 
  8. Angkat serta rendam dalam minyak sambil goyang-goyang kan acuan agar adunan keluar dari acuan. 
  9. Biarkan kekuningan dan angkat serta toskan.

Ulang sampai habis.Dah siap masukkan ke dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment