Resepi Kuih Ulat Bulu Kelantan Sukatan Cawan

Resepi Kuih Ulat Bulu Kelantan Sukatan Cawan. Apabila encik suami masuk dapur, maka terhasil lah kuih ulat bulu untuk minum petang. Rasa kuih ulat bulu inti kacang merah yang sedap dan lemak manis memang sangat memikat hati. Saya kongsikan resepi kuih ulat bulu mudah dan simple dibawah :

Resepi Kuih Ulat Bulu Sukatan Cawan
Resepi Kuih Ulat Bulu Sukatan Cawan

Resepi Kuih Ulat Bulu Kelantan Asli Orginal Tradisional

Bahan untuk resepi kuih ulat bulu sukatan cawan :
  1. Tiga cawan tepung pulut
  2. Dua sudu besar tepung gandum
  3. Satu cawan air
  4. Sedikit air kapur
  5. Secubit garam
  6. Kelapa parut
  7. Inti kacang merah (saya beli yang dah siap)

Cara Buat Kuih Ulat Bulu

Cara cara membuat kuih ulat bulu :
  1. Satukan tepung pulut, tepung gandum, garam dan air kapur. Gaul sampai sebati.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang sederhana lembut.
  3. Ambil sedikit doh dan leperkan
  4. Letak inti kacang merah
  5. Gentel bujur untuk tutup doh
  6. Ulang sampai habis
Panaskan air sampai mendidih. Masukkan doh ulat bulu dan biarkan sampai timbul. Dah timbul, salut atau golek dengan kelapa parut yang di campur dengan sedikit garam. Siap,selamat mencuba.

> Resepi Biskut Ulat Bulu Sedap Mudah Sukatan Cawan

1 comment:

attiyah said...

Sedapnye kuih n..lama sgt xmkn

Post a Comment

×