Resepi Lempeng Nasi Sukatan Cawan

Resepi Lempeng Nasi Sukatan Cawan. Kalau ada nasi lebihan jangan dibuang, membazir. Membazir itu pula amalan yang tidak elok.Jadi, jom saya ajarkan cara nak buat lempeng nasi. Resepi lempeng nasi lembut ada saya kongsikan dibawah :

Resepi Lempeng Nasi Sukatan Cawan
Lempeng Nasi Sukatan Cawan


Resepi Lempeng Nasi Simple Mudah Sedap Ringkas

Bahan untuk resepi lempeng nasi mudah :

  1. Dua cawan nasi
  2. Satu setengah cawan tepung gandum
  3. Tiga cawan air
  4. Setengah kiub pati ayam atau bilis
  5. Sedikit garam


Cara Buat Lempeng Nasi

Cara cara membuat lempeng nasi :

  1. Kisar nasi dengan dua cawan air sampai hancur.
  2. Kemudian, tuang ke dalam bekas yang telah diisi dengan tepung gandum.
  3. Masukkan kiub, garam dan secawan air.Kacau sebati.


Akhir sekali, masak atas kuali.Dah siap, hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis, serunding, gulai ayam dan yang sewaktu dengannya. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

×