Resepi Lepat Pisang Kukus Sukatan Cawan. Dah lama tak makan kuih tradisional orang melayu kita yang sedap, lemak manis dan semestinya rasa pisang. Kalau kuih lepat pisang asli tak de inti, hari ini kita buat lepat pisang inti kelapa parut. Kalau tak nak letak inti pun boleh juga. Resepi lepat pisang mudah sahaja, saya guna resepi kuih lepat pisang sukatan cawan.



Resepi Lepat Pisang Sukatan Cawan Lembut Sedap Simple

Bahan untuk resepi lepat pisang mudah :

  1. Dua cawan pisang emas ( lenyek dulu baru sukat )
  2. Setengah cawan tepung gandum
  3. Tiga sudu besar gula
  4. Daun pisang ( layur atau seterika )


Resepi Inti Lepat Pisang

  1. Kelapa parut
  2. Garam


Cara buat inti lepat pisang :

  1. Gaul kelapa parut dengan sedikit garam sampai rata dan sebati.

Cara Buat Lepat Pisang

Cara cara membuat lepat pisang :

  1. Masukkan pisang, gula dan tepung gandum. Kacau sampai sebati
  2. Ambil dua sudu adunan dan letak atas daun pisang
  3. Letak inti kelapa parut dibahagian tengah.


Akhir sekali, bungkus cantik dan kemas guna daun pisang. Kukus selama lima belas minit. Selamat mencuba.