Resepi Kuih Lompat Tikam Sukatan Cawan Mudah Dan Sedap. Kuih lompat tikam mudah dan sedap untuk minum petang sudah siap. Orang Terengganu, Pahang dan Kelantan pasti kenal dengan kuih lompat tikam ini kerana ianya merupakan salah satu kuih tradisional mereka. Kalau ada yang tak kenal tak tahu lah nak kata apa. Saya suka sangat makan kuih lompat tikam lagi-lagi makan masa tengah sejuk bersama air gula melaka. Tak dapat nak digambarkan kenikmatannya. Bagi kawan-kawan yang tak pernah merasa dan nak tahu cara nak buat lompat tikam, boleh ambil resepi lompat tikam simple yang saya kongsikan dibawah :

Resepi Lompat Tikam Mudah Dan Sedap
Resepi Lompat Tikam

Resepi Lompat Tikam Sukatan Cawan Terengganu Kelantan

Bahan untuk resepi lompat tikam sedap :

Lapisan Hijau :

  1. Tiga helai daun pandan ( kalau tiada boleh guna beberap titik esen pandan )
  2. Tiga cawan air
  3. Tiga per empat cawan tepung beras
  4. Satu sudu besar air kapur
  5. Sedikit pewarna hijau ( kalau warna daun pandan tidak terang )

Cara Buat Lompat Tikam.

  • Kisar daun pandan bersama secawan air dan tapis
  • Satukan semua bahan dan kacau atas dapur guna api sederhana sampai likat.
  • Dah likat tuang dalam acuan dan asingkan seketika.


Lapisan Putih :


  1. Satu cawan santan segar ( blh gantikan dgn santan kotak tp rasanya x sekuat n selemak santan fresh )
  2. Satu setengah cawan air
  3. Setengah cawan tepung beras
  4. Setengah sudu kecil garam

Cara Membuat Lompat Tikam

  • Satukan semua bahan dan kacau atas dapur guna api sederhana sampai likat.
  • Tuang adunan atas lapisan hijau tadi.


Resepi Kuah Lompat Tikam Aka Air Gula Melaka

Bahan untuk buat kuah lompat tikam :


  1. Satu keping gula melaka atau gula nisan
  2. Satu helai daun pandan
  3. Satu cawan air
  4. Gula kasar ( kalau kurang manis )

Cara Buat Kuah Lompat Tikam


  1. Satukan semua bahan dan masak guna api sederhana.  
  2. Teksturnya jangan cair sangat, nak pekat-pekat sikit.
  3. Kalau rasa kurang manis, boleh tambah gula kasar. 
  4. Apabila sudah dapat tekstur dan rasa yang diingini, tutup api. Biarkan sejuk

Akhir sekali, ambil kuih lompat tikam dan curahkan air gula melaka. Makanlah sepuas-puasnya. Selamat mencuba.