Resepi Muffin Coklat Chips aka Resepi Cupcake Coklat Chip Sukatan Cawan. Resepi muffin coklat chip mudah ini memang sedap dan tersangatlah simple. Hanya guna whisk sahaja untuk gaulkan semua bahan. Sudah nama nya muffin coklat chip, jadinya makin banyak choc chip maka makin sedap lah kejadiannya. Jom tengok resepi muffin coklat sedap :

Resepi Muffin Coklat Chip Sukatan Cawan
Resepi Muffin Coklat Chip Sedap Sukatan Cawan

Resepi Muffin Coklat Chip Gebu Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi muffin coklat chip simple :

Bahan A

  1. Dua biji telur
  2. Satu cawan gula perang (gula halus pun boleh)
  3. 100 ml susu segar
  4. 120ml minyak jagung
  5. Setengah sudu kecil esen vanilla

Bahan B

  1. 190 gram tepung gandum (sy guna tepung naik sndri sbb xsuka bau baking soda dlm kek)
  2. Satu sudu teh baking powder double action
  3. Setengah sudu kecil baking soda
  4. Setengah cawan serbuk koko
  5. Setengah cawan choc chips (masuk dalam adunan)
  6. Setengah cawan choc chips (untuk tabur atas muffin)


Cara Buat Muffin Coklat Chip

Cara cara membuat cupcake coklat :

  1. Masukkan semua bahan A ke dalam bekas dan selepas itu ayakkan bahan B ke dalam bahan A. Gaul sampai rata.
  2. Tuang adunan muffin coklat chip ke dalam acuan ( jangan penuh )
  3. Taburkan chocolate chips pada permukaaan atasnya. 


Akhir sekali, bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama dua puluh minit atau sampai masak. Atas kapasiti oven masing-masing. Siap, selamat mencuba.