Resepi Nasi Ayam Hainan Chinese Style

Resepi Nasi Ayam Hainan Chinese Style. Tengahari tadi saya dan keluarga menjamu selera dengan nasi ayam hainan original. Resepi nasi ayam hainan mudah. Walaupun  cara nak buat nasi ayam hainan nampak banyak, tapi bila sudah buat akan rasa senang dan tidak guna banyak masa pun.Saya kongsikan resepi nasi ayam hainan cara cina.

Resepi Nasi Ayam Hainan Simple
Resepi Nasi Ayam Hainan


Resepi Nasi Ayam Hainan Simple Original Cara Cina

Bahan untuk resepi nasi ayam hainan sedap :

Bahan A ( Ayam )

  1. Satu ekor ayam
  2. Tiga biji bawang putih dicincang halus atau ketuk
  3. Setengah buku halia saiz sederhana ( dipotong nipis)
  4. Satu kiub pati ayam maggi
  5. Garam sikit


Bahan B ( Sambal lada)

  1. Satu biji capcicum merah ( boleh gantikan dengan lada merah)
  2. Dua biji bawang putih
  3. Setengah biji bawang besar
  4. Halia sikit ( agak-agak sahaja )
  5. Satu sudu kecil minyak bijan
  6. Satu sudu besar gula
  7. Dua sudu besar sos cili maggi atau sos cili thai
  8. Satu sudu besar cuka makan


Bahan C ( Nasi Ayam )

  1. Empat cawan beras biasa atau beras jasmine ( kuantiti beras ikut suka )
  2. Dua sudu besar minyak
  3. Dua biji bawang putih
  4. Dua inci halia ( hiris )
  5. Dua sudu besar minyak bijan
  6. Daun pandan ( nak letak boleh, tak nak letak pun boleh )


Bahan D ( Sup Ayam)

Setengah bahagian air rebusan ayam tadi
Setengah bahagian bahan tumis nasi ayam
Daun sup

Bahan E

  1. Timun
  2. Salad
  3. Tomato

Cara Masak Nasi Ayam Hainan

Cara cara memasak nasi ayam hainan step by step :

Bahan A

  1. Masukkan ayam seekor ke dalam periuk bersama air sampai ayam tenggelam. Masukkan semua bahan A dan rebus hingga masak. Angkat ayam dan asingkan seketika.
  2. Air rebusan jangan buang, bahagikan kepada dua bahagian untuk digunakan semasa membuat sup dan nasi sekejap lagi.
  3. Bila nak makan, baru potong ayam dan letakkan kicap cair, renjiskan minyak bijan dan hirisan daun sup.


Bahan B

  1. Kisar semua bahan B dan masak sampai agak pekat.



Bahan C

  1. Bagi sup dan nasi pula. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga agak garing
  2. Cedok separuh bahan tumis tersebut dan curah dalam ke dalam periuk nasi ayam.
  3. Simpan separuh untuk guna buat sup ayam nanti, 
  4. Masukkan separuh air rebusan ayam tadi
  5. Masak nasi macam biasa serta masukkan juga sedikit minyak bijan


Bahan D

  1. Pada periuk lain masak sup ayam sampai mendidih
  2. Masukkan separuh bahagian bahan tumis tadi
  3. Masukkan pula daun sup dan tutup api dapur. 


Sekarang nasi ayam hainan paling sedap hasil air tangan anda sendiri sudah siap. Hiaskan dengan hirisan timun, tomato dan salad untuk memeriahkan lagi hidangan. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment