Resepi Nasi Ayam Simple Sedap Mudah Cepat Ringkas

Resepi Nasi Ayam Simple Sedap Mudah Cepat Ringkas. Ini dia resepi nasi ayam simple. Memang banyak versi nasi ayam tapi saya nak kongsikan juga resepi nasi ayam yang mudah dan sedap cara saya buat untuk kami sekeluarga. Resepi nasi ayam ringkas dan mudah ada saya kongsikan dekat bawah :

Resepi Nasi Ayam Simple Dan Sedap
Resepi Nasi Ayam Simple



Resepi Nasi Ayam Simple Dan Sedap

Bahan untuk resepi nasi ayam mudah dan sedap :


A) Bahan untuk resepi sup nasi ayam

  1. Ayam (potong )
  2. Bawang besar ( hiris )
  3. Bawang putih  ( hiris )
  4. Halia ( hiris )
  5. Rempah sup bunjut
  6. Rempah 4 beradik
  7. Kiub pati ayam
  8. Air
  9. Minyak masak sikit untuk tumis.
  10. Garam
  11. Kentang  ( tak nak letak pun takpe, saya suka makan kentang )
  12. Ajinamoto ( tak nak letak pun takpe )

Cara Masak Sup Nasi Ayam

  1. Tumis bahan-bahan yang siap dihiris bersama rempah sup dan rempah 4 beradik sampai naik bau.
  2. Kemudian masukkan air ikut suka nak banyak mana. 
  3. Biarkan seketika dan masukkan  kiub pati ayam, garam dan sedikit ajinamoto. 
  4. Apabila sup agak-agak dah mendidih, masukkan ayam
  5. Ayam dah separuh masak angkat dan asingkan seketika. ( kita nak bakar atau goreng nanti )

B) Ayam Bakar Atau Goreng Untuk Nasi Ayam

  1. Ayam ( yang dah kita rebus separuh masak tadi )
  2. Kicap manis

Cara Masak Ayam Nasi Ayam Simple

  1. Ambil ayam yang sudah kita rebus separuh masak tadi
  2. Gaulkan bersama kicap manis ( nak perap sekejap boleh, tak nak pun boleh )
  3. Bakar atau goreng sampai masak sepenuhnya
Kalau nak makan nasi ayam bersama ayam madu bakar pun boleh, cara buat ayam madu bakar untuk nasi ayam ada saya kongsikan dibawah.


C ) Bahan untuk resepi nasi ayam

  1. Beras ( Basuh dan toskan )
  2. Sedikit minyak dan majerin untuk tumis
  3. Bawang besar ( hiris )
  4. Halia ( hiris )
  5. Bawang putih ( hiris )
  6. Daun pandan
  7. Rempah 4 beradik
  8. Sedikit perwarna kuning

Cara Masak Nasi Ayam Simple

Cara cara buat nasi ayam sedap :

  1. Panaskan minyak dengan majerin..
  2.  Tumis bahan yang telah dihiris bersama daun pandan.
  3. Masukkan beras yang telah kita toskan tadi dan gaul sampai rata.
  4. Cedok kuah sup tadi dan masukkan ke dalam periuk. Sukatan macam masak nasi biasa.
  5. Akhir sekali, masak nasi macam biasa.


C) Bahan untuk resepi sos lada nasi ayam

  1. Cili api
  2. Bawang putih
  3. Cuka
  4. Gula
  5. Garam
  6. Air

Cara Buat Sos Lada Nasi Ayam

  1. Kisar atau tumbuk semua bahan diatas sampai lumat

Bila semua sudah masak, hidangkan bersama hirisan timun, tomato dan salad. Cara nak buat nasi ayam mudah je kan. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment