Resepi Nasi Lemak Pandan Hijau Simple Sedap Mudah

Resepi Nasi Lemak Pandan Hijau Simple Sedap Mudah. Permintaan dari si anak tersayang, nasi lemak pandan sambal ikan bilis dengan telur rebus untuk sarapan pagi ini. Syukur, menjadi. Resepi nasi lemak pandan mudah dan sedap ada saya kongsikan dekat bawah. Semoga bermanfaat.


Resepi Nasi Lemak Pandan Simple
Resepi Nasi Lemak Pandan Hijau



Resepi Nasi Lemak Pandan Simple 

Bahan untuk resepi nasi lemak pandan sedap :

  1. Beras
  2. Air pandan  ( kisar daun pandan dan tapis)
  3. Santan pekat
  4. Garam
  5. Serai
  6. Halia
  7. Daun Pandan 
  8. Pewarna hijau sikit


Cara Masak Nasi Lemak Pandan

Cara cara membuat nasi lemak pandan :

  1. Basuh beras sampai bersih
  2. Masukkan santan pekat dan air pandan mengikut sukatan beras.
  3. Masukkan garam, halia, serai serta daun pandan yang telah disimpul. 
  4. Kalau warna hijau pandan masih pudar dan kurang menarik, tambah pewarna hijau

Akhir sekali, on rice cooker dan masak macam tanak nasi biasa. Bila dah nak masak, ambil pewarna hijau sekali lagi dan campur dengan sedikit air, renjis atas nasi lemak. Jangan gaul, lepas nasi masak baru gaul rata. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment