Resepi Otak Otak Ikan Kembung Terengganu Asli Original. Kalau ke Terengganu jangan lupa untuk mencuba otak otak ikan mereka, sangat sedap. Kalau tak percaya nanti kalau anda ke sana boleh cuba sendiri. Lebih lebih lagi jika kita makan sambil menikmati pemandangan pantai yang indah dan permai. Jom saya kongsikan resepi otak otak ikan terengganu yang mudah dan sedap.

Resepi Otak Otak Ikan Terengganu Original
Resepi Otak Otak Ikan Terengganu


Resepi Otak Otak Ikan Terengganu Original Asli Tradisional

Bahan untuk resepi otak otak ikan simple :


  1. Satu kilogram isi ikan kembung
  2. Satu biji kelapa muda. ( ambil isi sahaja )
  3. Dua cawan gula
  4. Dua sudu rempah gulai
  5. Tiga sudu besar cili boh
  6. Satu sudu kerisik
  7. Sedikit perasa
  8. Sedikit garam
  9. Sedikit belacan
  10. Daun kelapa
  11. Lidi


Cara Buat Otak Otak Ikan

Cara cara membuat otak otak ikan :

  1. Gaul semua bahan kecuali daun kelapa dan lidi.
  2. Dah siap, masukkan adunan ke dalam daun kelapa.


Akhir sekali, bakar sampai masak. Cara nak buat otak otak ikan mudah je kan, selamat mencuba semua.