Resepi Pancake Gebu Dan Lembut. Hari ini, kami sekeluarga sarapan pancake yang lembut dan gebu ala mcd gitu. Ini semua hasil air tangan anak dara saya. katanya terpengaruh dengan rancangan paling popular di korea iaitu running man. Sesapa yang tahu cara nak buat pancake sedap boleh ambil resepi pancake simple berikut :

Resepi Pancake Gebu Lembut Sedap
Resepi Pancake Gebu Dan Lembut

Resepi Pancake Gebu Mudah Lembut Sedap Simple Ringkas

Bahan untuk resepi pancake gebu sukatan cawan :

  1. Tiga senduk tepung gandum (lebih kurang dua setengah cawan)
  2. Dua sudu besar baking powder
  3. Satu biji telur
  4. Tiga camca teh gula perang
  5. Satu sudu besar sirap mapel (optional)
  6. Satu camca teh esen vanila
  7. Satu sudu besar butter
  8. Air masak atau susu segar ( sukatan agak-agak sahaja )

Cara Buat Pancake Mudah

Cara cara membuat pancake mudah dan sedap :


  1. Campurkan semua bahan  diatas ( kecuali air masak atau susu segar ) dan whisk sampai sebati.
  2. Masukkan air masak atau susu segar sedikit demi sedikit sambil pukul seperti nak buat bahulu. Sampai mula nampak buih buih kecil pada adunan. Jika pekat sangat, tambah air atau susu pekat sikit lagi. Elak aduan pankek cair seperti lempeng kerana nanti pancake tidak menjadi gebu.

Akhir sekali, sapu kuali dengan butter, dan tuang adunan pankek.Apabila lubang-lubang sudah mula kelihatan pada permukaan, boleh terbalikkan. Dah masak, masukkan dalam piring dan jamu sampai kenyang.