Resepi Pancake Pisang Mudah

Resepi Pancake Pisang Coklat Mudah Nutella. Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Korang bekpes apa pagi ini? Kami sekeluarga bekpes makan pancake gebu dan lembut perasa pisang. Bagi saya yang warna lebih gelap lagi sedap, sebab pancake lebih garing ditambah pula  makan ketika masih panas. Memang sangat sedap. Resepi pancake pisang gebu lembut dan simple ada dibawah :

Resepi Pancake Pisang Coklat
Resepi Pancake Pisang



Resepi Pancake Pisang Coklat Krabi Sedap Simple Special

Bahan untuk resepi pancake pisang nutella :

Bahan A

  1. Dua cawan tepung gandum
  2. Dua sudu kecil baking powder
  3. Setengah sudu kecik soda bikarbonat

Bahan B

  1. Empat biji pisang berangan
  2. Tiga hingga empat sudu besar gula
  3. Setengah sudu kecil garam
  4. Satu biji telur A
  5. Satu cawan susu segar
  6. Satu cawan minyak masak

Cara Buat Pancake Pisang

Cara cara membuat pencake pisang :


  1. Lenyek pisang bersama gula dan garam. Jangan hancur sangat tau.
  2. Masukkan telur, susu serta minyak.
  3. Ayakkan bahan A dalam mangkuk dan tuangkan bahan B. Kacau guna whisker.
  4. Cedok adunan dan masak guna api perlahan selama tiga hingga empat minit.

Dah siap boleh  hidangkan bersama madu atau coklat cair atau aiskrim atau nutella. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

×