Resepi Popcorn Ayam Mudah Simple Sedap Rangup Spicy Homemade. Tetiba tadi teringin nak makan ayam popcorn.. Kebetulan semalam ada beli ayam yang isi banyak. Jadi, kita buatlah popcorn ayam ala kfc gitu. Jom saya kongsikan resepi popcorn ayam sedap.

Resepi Popcorn Ayam Mudah
Resepi Popcorn Ayam Simple


Resepi Popcorn Ayam Simple Crunchy Pedas Ringkas Cepat

Bahan untuk resepi popcorn ayam mudah :

  1. Isi ayam ( banyak mana pun boleh )
  2. Tepung goreng ayam  (jenama apa-apa pun boleh perisa)
  3. Oat
  4. Sedikit air
  5. Minyak masak

Cara Buat Popcorn Ayam

Cara cara membuat popcorn ayam :

  1. Potong dadu isi ayam
  2. Tepung goreng ayam dicampur dengan sedikit air
  3. Masukkan isi ayam dan gaul sampai rata
  4. Salutkan isi ayam dengan oat

Akhir sekali, sila panaskan minyak dan goreng sampai masak. Selamat mencuba.