Resepi Popia Nestum Susu Tepung Sedap Rangup. Syukur, setel kudapan depan tv iaitu popia nestum susu rangup yang mudah dan sedap. Anak-anak suka sangat sampai ada sekali siap bergaduh manja sebab berebut sesama sendiri. Boleh juga buat kuih raya kalau mahu. Saya kongsikan resepi popia nestum susu sedap :

Resepi Popia Nestum Susu Tepung Rangup
Resepi Popia Nestum Susu Tepung

Resepi Popia Nestum Susu Tepung Sedap Simple Ringkas

Bahan untuk resepi popia nestum susu tepung rangup :

  1. Satu paket kulit popia
  2. 200 gram nestum ( kisar halus )
  3. Satu cawan gula ( kisar halus )
  4. Lima sudu besar horlick
  5. Lima sudu besar susu tepung
  6. Satu sudu besar tepung gandum campur bersama sedikit air sebagai pelekat

Cara Buat Popia Nestum Susu

Cara cara membuat popia nestum sedap :

  1. Gulung kulit popia ( nak mudah guna lidi ) 
  2. Gunting atau potong kulit popia yang telah di gulung secara menyerong. 
  3. Panaskan minyak dan goreng guna api sederhana. 
  4. Kemudian, toskan dan sejukkan. Asingkan seketika.
  5. Ambil mangkuk dan masukkan nestum, gula, horlick serta susu tepung. Gaul hingga sebati.

Akhir sekali, masukkan kulit popia ke dalam bancuhan susu tepung  dan gaul rata. Siap, simpan dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba.