Resepi Rendang Tanpa Santan Tanpa Kerisik Tanpa Tumis. Alhamdulillah siap sudah rendang daging. Mudah, simple dan special sangat rendang ini kerana ianya dibuat tanpa santan, tanpa kerisik, tanpa tumis, tanpa serai, tanpa lengkuas dan tanpa daun kunyit. Hanya guna bawang dan cili kering sahaja. Resepi rendang tanpa tumis saya saya dapat dari arwah tok mertua. Mula-mula macam tak percaya boleh buat rendang tanpa santan dan tanpa kerisik, tapi bila dah cuba rasa memang sedap bak ang. Lepas itu, terus belajar cara buat rendang tanpa santan dan sampai sekarang menjadi salah satu menu kegemaran keluarga saya.

Resepi Rendang Tanpa Kerisik
Resepi Rendang Tanpa Santan

Resepi Rendang Tanpa Kerisik Tanpa Serai Tanpa Lengkuas

Bahan untuk resepi rendang tanpa tumis :

  1. Satu kilogram daging
  2. Satu kilogram bawang merah siam ( mayang halus )
  3. Tiga puluh biji cili kering
  4. Sebesar ibu jari belacan
  5. Sedikit asam jawa

Cara Masak Rendang Tanpa Santan

cara cara membuat rendang tanpa santan :

  1. Goreng bawang yang telah dimayang halus macam kita nak buat bawang goreng.
  2. Kemudian tumbuk bawang tersebut sampai pecah minyak. Jangan kisar atau blender tau, kena tumbuk.
  3. Rebus cili kering dan dikisar bersama belacan.
  4. Tumis cili yang telah siap dikisar dengan belacan guna minyak goreng bawang tadi.
  5. Masukkan daging dan biarkan seketika
  6.  Apabila daging sudah agak empuk, masukkan bawang merah yang telah ditumbuk tadi
  7. Masak guna api perlahan. Lagi lama masak lagi sedap
  8. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa
  9. Rasa sikit untuk seimbangkan rasa dan mengikut selera anda.

Jika rendang sudah mengikut citarasa anda, biarkan selama dua hingga tiga jam sampai pecah minyak pekat melekat dengan daging. Dah siap boleh dijamu bersama ahli keluarga. Selamat mencuba.