Resepi Rojak Sotong Kangkung Mudah Sedap Simple Ringkas

Resepi Rojak Sotong Kangkung Mudah Sedap Simple Ringkas. Tetiba rasa nak makan rojak sotong sotong kangkung. Akhir sekali makan rojak sotong sarawak masa pergi sana tempoh hari. Nasib baik semua bahan untuk buat rojak sotong kangkung sudah ada dalam peti sejuk. Jom saya kongsikan resepi rojak sotong kangkung chinese style :

Resepi Rojak Sotong Kangkung Sedap
Resepi Rojak Sotong Kangkung


Resepi Rojak Sotong Kangkung Sedap

Bahan untuk resepi rojak sotong kangkung simple :

  1. Sotong kurita
  2. Kangkung
  3. Minyak


Cara Buat Rojak Sotong Kangkung

  1. Rebus sotong kurita,
  2. Celur kangkung
  3. Masukkan sedikit minyak ke dalam air rebusan untuk bagi sayur nmapk segar serta berkilat.


Resepi Kuah Rojak Sotong Kangkung Mudah Sedap Simple

Bahan untuk resepi sos rojak sotong kangkung sedap :

  1. Sepuluh hingga dua puluh cili kering bergantung kepada pedas yang anda mahu
  2. Tiga keping gula Melaka atau nissan
  3. Setengah inchi Belacan
  4. Kicap Pekat
  5. Kicap Manis
  6. Dua sudu besar petis udang
  7. Gula
  8. Garam
  9. Air
  10. Tepung Jagung
  11. Bijan (disangai)


Cara Buat Kuah Rojak Sotong Kangkung

Cara buat sos rojak sotong kangkung :

  1. Rebus cili kering, tos dan goreng bersama minyak separuh masak...
  2. Bakar belacan, dan kisar dengan cili kering tadi bersama sedikit air
  3. Masukkan tiga cawan air ke dalam periuk 
  4. Masukkan gula melaka dan biarkan cair
  5. Masukkan adunan cili dan belacan yang telah di kisar tadi
  6. Masukkan kicap pekat, kicap manis, gula serta garam sikit
  7. Masukkan tepung jagung yang telah di bancuh dengan air untuk pekatkan kuah.


Cara nak buat kuah sos rojak sotong kangkung mudah je kan. Selamat mencuba kawan-kawan.

No comments:

Post a Comment

×