Resepi Roti Manis Mudah Sukatan Cawan Lembut Gebu. Roti manis dan air milo goreng dalam periuk menjadi pilihan sarapan pagi ini bersama ahli rumah. Resepi roti manis simple sahaja, saya guna resepi roti manis sukatan cawan.

Resepi Roti Manis Mudah Sukatan Cawan
Resepi Roti Manis Simple Sukatan Cawan


Resepi Roti Manis Mudah Dan Sedap Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi roti manis sedap :

  1. Empat cawan tepung gandum
  2. Empat sudu besar gula (sukatan kurang manis - boleh tambah jika nak manis)
  3. Dua sudu besar susu pekat
  4. Dua sudu besar margerin/mentega
  5. Dua sudu besar yis
  6. Dua biji telur
  7. Dua cawan air suam


Cara Buat Roti Manis Lembut

Cara cara membuat roti manis yang lembut :

  1. Campurkan air suam, gula, susu dan yis. Kacau sampai gula hancur.
  2. Masukkan telur serta tepung, uli sekejap.
  3. Masukkan mentega atau marjerin dan uli sampai tidak melekat pada tangan dan bekas. Sila tambah tepung kalau masih melekat.
  4. Bentukkan bulat dan susun ke dalam loyang yang sudah digris
  5. Biarkan adunan naik selama setengah jam dan keatas.


Akhir sekali, bakar guna api atas bawah pada suhu 130 selama lima belas minit atau sampai masak bergantung kepada kapasiti oven masing-masing. Apabila sudah masak, keluarkan cepat dan satu majerin atau mentega pada permukaan roti manis. Siap. Selamat mencuba.