Resepi Satar Ikan Goreng Bakar Terengganu Asli Original Tradisional. Jika kawan-kawan ingin tahu, satar ikan merupakan salah satu  makanan tradisional dan antara paling digemari oleh rakyat yang berada di pantai timur negara iaitu Terengganu dan kelantan. Kalau sesiapa yang tak pernah cuba memang rugi sangat dan kepada mereka yang sudah lama tidak makan satar ikan mungkin boleh cuba resepi satar ikan yang mudah dan sedap berikut :

Resepi Satar Ikan Goreng Bakar
Resepi Satar Goreng Simple



Resepi Satar Goreng Mudah Sedap Simple Ringkas Frozen

Bahan untuk resepi satar goreng sedap :

  1. Lima ekor ikan selayang aka ikan sardin
  2. Tiga atau empat biji kelapa putih
  3. Enam biji bawang merah (tumbuk)
  4. Satu inchi halia (tumbuk)
  5. Sedikit daun kesom ( racik )
  6. Satu sudu besar cili boh
  7. Satu biji telur
  8. Garam,gula dan ajinamoto
  9. Resepi rahsia budu sedikit  ( optional )
  10. Cili api  ( potong kecil kecil, kalau tak nak pedas potong cili besar )
  11. Daun pisang ( layur api )


Cara Buat Satar Ikan

Cara cara membuat satar goreng :

  1. Asingkan tulang ikan dan tumbuk atau kisar.
  2. Gaul dengan semua bahan diatas sampai sebati
  3. Rasa sikit biar ada masis masin masin gitu, kalau tawar tak sedap.
  4. Masukkan dalam daun pisang.


Akhir sekali, ambil satar bakar atau goreng sampai masak. Cara nak buat satar goreng mudah je kan, selamat mencuba.