Resepi Sate Goreng Ayam Daging Mudah Sedap Simple

Resepi Sate Goreng Ayam Daging Mudah Sedap Simple. Hari ini dapur saya sedikit lambat berasap sebab encik suami ajak kami anak beranak breakfast roti canai di luar. Dalam perjalanan balik, kami singgah dekat pasar tani untuk bawa anak jalan-jalan sambil beli barang apa yang patut. Saya beli daging untuk buat sate goreng yang mudah dan sedap. Tak perlu guna lidi dan tak payah guna arang serta selamat dari asap yang banyak Hanya letak minyak sedikit dan letak bahan perapan sate, dah siap.

Resepi Sate Goreng Mudah
Resepi Sate Goreng Sedap

Resepi Sate Goreng Mudah Ringkas Senang Special Terbaik

Bahan untuk resepi satay goreng sedap :


Bahan mentah

  1. Satu kilogram daging (hiris nipis2),  atau 
  2. Satu kilogram ayam ( potong )

Bahan kisar


  1. Dua batang serai
  2. Dua inci kunyit hidup
  3. Empat inci halia
  4. Dua labu bawang putih
  5. Dua puluh biji bawang kecik
  6. Empat sudu makan ketumbar
  7. Satu sudu makan jintan manis
  8. Satu sudu makan jintan putih
  9. Garam
  10. Gula

Cara Masak Sate Ayam Goreng

Cara-cara membuat sate goreng  :

  1. Kisar semua bahan kisar diatas.
  2. Kemudian masukkan daging atau ayam dan gaul sampai sebati.
  3. Perap selama beberapa jam sebelum goreng.

Mudah je kan. selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

×