Resepi Tart Cardbury Mudah Rangup Lembut Sukatan Cawan

Resepi Tart Cardbury Mudah Rangup Lembut Gebu Sukatan Cawan. Semangat hari raya kembali lagi dalam tubuh. Resepi kuih raya mudah dan sedap kita ada banyak. Jadi hari ini kita buat kuih tart cadbury yang mudah dan sedap guna tiga bahan sahaja.Adunan tart tak bubuh gula sebab coklat Cadbury sudah manis. Saya kongsikan resepi tart sukatan cawan :

Resepi Tart Cardbury Mudah
Resepi Tart Cardbury Simple


Resepi Tart Cadbury Sukatan Cawan Mudah Sedap Senang

Bahan untuk resepi tart cadbury simple :

  1. Satu buku butter (250 grm)
  2. Tiga cawan tepung gandum
  3. Dua paket Cadbury Dairy Milk Chocolate


Cara Buat Tart Cadbury

Cara cara membuat tart cadbury :

  1. Uli butter dan tepung gandum sampai tidak melekat pada tangan
  2. Tekap guna acuan tart nenas gulung
  3. Letak coklat cadbury (beku dari peti sejuk ) atas adunan 
  4. Tutup dengan adunan lagi pada bahagian atasnya, potong
  5. Sapukan kuning telur

Akhir sekali, bakar pada suhu 140 selama sepuluh minit atau sampai masak bergantung oven masing-masing. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment