Resepi Tau Fu Fa Simple Lembut Mudah

Resepi Tau Fu Fa Simple Lembut Mudah. Petang tadi punya cerita, makan tau fu fa air soya kotak. Syukur menjadi walaupun kali pertama buat tau fu fa cina. Jika ada kawan-kawan yang nak tahu cara buat  tau fu fa, saya ada kongsikan resepi tau fu fa agar agar tali dibawah :

Resepi Tau Fu Fa Simple
Resepi Tau Fu Fa


Resepi Tau Fu Fa Mudah Sedap Ringkas Senang

  1. Setengah bungkus agar agar tali
  2. Satu cawan air
  3. Satu kotak  besar air kacang soya
  4. Gula merah.( untuk kuah, cairkan )

Cara Buat Tau Fu Fa

  1. Masak agar-agar besama secawan air.
  2. Apabila agar-agar sudah larut, masukkan satu kotak air kacang soya
  3. Kacau sekejap dan tutup api dapur.
  4. Tuang ke dalam bekas
Biarkan tau fu fa selama setengah jam sebelum dihidangkan kepada ahli keluarga. Kalau nak sedap lagi, simpan dalam peti ais.Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

×