Resepi Wajik Pulut Hitam Sedap Lembut Asli Tradisional

Resepi Wajik Pulut Hitam Sedap Lembut Asli Tradisional. Tempat anda panggil apa wajik pulut sedap lembut lemak ini ? Pulut kacau, pulut manis, nasi manis, pulut nostalgia ke ada nama lain lagi? Dulu kalau ada kenduri dikampung, pulut manis adalah salah satu buah tangan yang ditunggu-tunggu oleh para tetamu. Resepi wajik pulut mudah dan sedap ini adalah resepi wajik pulut tradisional warisan turun temurun keluarga saya.  


Resepi Wajik Pulut Hitam
Resepi Wajik Pulut Hitam



Resepi Wajik Pulut Lembut Simple Lemak Manis Ringkas

Bahan untuk resepi kuih wajik pulut :

  1. Satu kilogram beras pulut
  2. Satu kilogram gula merah
  3. Dua cawan gula putih
  4. Santan secukup lemak ( dalam setengah kilogram lebih lebih skit )
  5. Daun pandan.


Cara Buat Wajik Pulut

Cara cara membuat wajik pulut :

  1. Rendam beras pulut selama empat hingga lima jam
  2. Kemudian kukus macam biasa. Dah masak biarkan seketika untuk pulut sejuk.
  3. Masak pula gula merah dan tapis dahulu
  4. Selepas itu, masukkan gula pasir
  5. Masukkan santan serta daun pandan
  6. Masak sampai pulut agak pekat ( tapi jangan pekat sangat )
  7. Masukkan pulut yang telah dikukus tadi.


Dan, kacau sampai agak pekat atau sampai masak. Tapi ingat, jangan sampai terlalu pekat atau terlalu lembik sangat. Tutup api dan isi dalam bekas yang telah disediakan. Siap.

1 comment: