Resepi Wantan Goreng Simple Sedap Mudah Kulit Popia

Resepi Wantan Goreng Simple Sedap Mudah Guna Kulit Popia. Rasanya ramai sudah tahu resepi wantan goreng mudah dan sedap ini. Resepi wantan goreng guna kulit popia saya belajar dengan kawan sepejabat. Saya kongsikan resepi wantan goreng sedap :

Resepi Wantan Goreng Sedap
Resepi Wantan Goreng

Resepi Wantan Goreng Mudah Ringkas Senang Special

Bahan untuk resepi wantan goreng ayam :

  1. Kulit popia
  2. Ayam kisar ( Satu keping dada ayam yang dikisar)
  3. Isi udang ( kisar )
  4. Setengah batang lobak merah ( cincang )
  5. Empat biji cendawan butang dalam tin ( cincang )
  6. Satu setengah sudu besar tepung jagung
  7. Setengah sudu besar serbuk lada hitam
  8. Setengah atau satu sudu besar chicken stock
  9. Sedikit daun sup
  10. Garam sesedap rasa

Dapat dalam tiga puluh hingga empat puluh biji

Cara Buat Wantan Goreng

Cara cara membuat wantan goreng :

  1. Masukkan ayam, isi udang, tepung jagung, lobak, cendawan, serbuk lada hitam, daun sup, chicken stock dan garam. Garam jangan banyak sangat sebab chicken stock dah masin. Gaul sebati.
  2. Simpankan dalam chiller sebentar.
  3. Ambil kulit popia dan gulung (tak payah gam )
  4. Hiris nipis nipis seperti dalam gambar diatas
  5. Relaikan kulit popia yang telah dihiris menjadi rampai
  6. Ambil adunan ayam  tadi dalam setengah sudu besar dan gaul ke dalam kulit popia.

Akhir sekali, panaskan api dan goreng sampai warna bertukar kekuningan atau masak. Siap, selamat mencuba. 

No comments:

Post a Comment

×