Hasil Tenaga Elektrik Dari Pokok Kedondong. Naufal Raziq, 15 tahun, adalah seorang remaja lelaki yang berasal daripada Langsa Lama, Aceh. Beliau lahir daripada keluarga yang sederhana dan tinggal di kawasan pendalaman.

Naufal Raziq Elektrik Pokok Kedondong
Naufal Raziq


Jana Tenaga Elektrik Dari Pokok Kedondong

Berkat kesungguhan dalam menuntut ilmu serta keinginan yang tinggi bagi membantu masyarakat kampungnya, maka Allah SWT telah menganugerahkan satu ilham yang tidak ternilai kepadanya bagi menghasilkan elektrik melalui pokok kedondong.

Selepas melakukan banyak eksperimen pada pelbagai jenis pokok dan menghabiskan berjuta rupiah, akhirnya beliau boleh tersenyum bangga kerana telah berjaya menjadikan pokok kedondong sebagai salah satu sumber alternatif dalam menghasilkan tenaga elektrik yang mampu memberi manfaat kepada orang lain terutama kepada masyarakat yang tinggal di kawasan pendalaman yang masih tidak mendapat bekalan elektrik.

Ini terbukti apabila bukan sahaja rumahnya yang menggunakan elektrik daripada pokok kedondong malah 60 rumah kejiranan lain turut mendapat manfaat sama. Kalau dulu, kampungnya terpaksa bergelap kerana tiada bekalan elektrik tapi kini penemuan ini memberi satu sinar baharu kepada masyarakat disana. Terima kasih Allah SWT, terima kasih Naufal Raziq dan terima kasih kepada semua yang membantu dan memberi dorongan kepada Naufal Raziq samaada secara langsung atau tidak langsung dalam merealisasikan impiannya. Semoga terus sukses dan memberi inspirasi kepada yang lain. Salam.