Resepi Kek Durian Cheese Secret Recipe. Kek durian cheese leleh paling laris, paling mudah, paling simple dan mendapat sambutan paling hangat dari pelanggan. Mungkin kerna faktor bau kek durian yang wangi dan harum semerbak seiring dengan rasanya yang sedap. Resepi kek durian mudah sahaja, saya guna resepi kek durian sukatan cawan :

Resepi Kek Durian Cheese Leleh
Resepi Kek Durian Cheese


Resepi Kek Durian Cheese Kukus Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi kek durian cheese tanpa bakar :

Bahan A

  1. Satu cawan gula aisen
  2. Empat biji telur
  3. Satu sudu besar ovellet
  4. Satu sudu kecil durian paste


Bahan Ayak

  1. Satu, satu per empat tepung gandum
  2. Satu sudu besar tepung jagung
  3. Satu sudu kecil baking powder
  4. Satu sudu kecil soda bikarbonat
  5. Satu sudu kecil cream of tartar

Cara Buat Kek Durian Cheese

Cara buat kek durian kukus :

  1. Mix bahan A sampai kembang
  2. Kemudian masukkan bahan ayak
  3. Akhir sekali masukkan empat sudu besar minyak masak.
  4. Kukus sampai masak


Untuk cheese

  1. 250 gram cream cheese
  2. Setengah cawan susu pekat
  3. Setengah cawan whipping cream
  4. Satu cawan isi durian


Putar sampai tak berketul dan dah boleh topping. Siap. Cara nak buat kek durian cheese mudah je kan, selamat mencuba semua. Jumpa lagi.