Resepi Roti Butter Golok Sukatan Cawan Lembut Gebu.  Salam semua, apa khabar ? Moga dalam keadaan baik semua. Hari ini saya nak kongsi resepi roti butter golok viral di laman sosial. Resepi roti butter golok mudah je, saya guna resepi roti butter golok gebu sukatan cawan.

Resepi Roti Butter Golok Sukatan Cawan
Resepi Roti Butter Golok

Resepi Roti Butter Golok Mudah Sedap Ringkas Simple

Bahan untuk resepi roti butter golok sedap :

  1. Satu cawan air suam
  2. Satu paket yis
  3. Empat sudu gula
  4. Dua sudu susu pekat
  5. Dua sudu planta
  6. Tiga setengah cawan tepung
  7. Satu biji telur


Cara Buat Roti Butter Golok

Cara cara membut roti butter golok :

  1. Campurkan yis dengan air, biarkan yis rehat serta berbuih
  2. Pukul telur sedikit
  3. Campurkan gula, susu pekat, planta serta telur ke dalam bekas yang telah diisi dengan tepung. kacau sebati
  4. Curah bancuhan yis sikit demi sikit ke dalam tepung tersebut ( Ikut pada keperluan tepung, ada masa tak payah pakai kesemua air bancuhan yis tadi. Asalkan uli menjadi doh yang lembut serta tak melekat ditangan dah okey)
  5. Rehatkan selama satu jam atau sampai doh kembang dua kali ganda.
  6. Selepas itu, tumbuk doh yang sudah kembang tadi. Uli sampai cantik licin
  7. Bentukkan dan diletakkan dalam bekas
  8. Rehatkan doh sekali lagi. Biar naik dua kali ganda


Akhir sekali, bakar guna api atas bawah  pada suhu 150 selama dua puluh minit atau sehingga masak. Bergantung atas kapasiti oven masing-masing. Keluarkan serta biarkan sejuk, kemudian sapu permukaan roti guna marjerin atau butter cup dan tabur gula halus. Siap.

> Resepi Roti Manis Gebu Sukatan Cawan