Resepi Agar Agar Kering Sukatan Cawan

Resepi Agar Agar Kering Sukatan Cawan. Di kala orang lain sibuk dengan biskut semperit susu, biskut ulat bulu viral, biskut bunga dahlia, kuih tart gulung, biskut bunga rose dan macam-macam lagi. Saya pula rilex buat agar-agar kering untuk dijadikan kuih raya kepada bakal tetamu. Tak guna oven pun, jemur camtu je. Cantik pula bila agar agar sudah mula bercampur baur antara satu sama lain. Jadilah, agar-agar kering warna-warni di Aidilfitri.

Resepi Agar Agar Kering Sedap
Resepi Agar Agar Kering Sukatan Cawan


Resepi Agar Agar Kering Mudah Sedap Simple Ringkas

Bahan untuk resepi agar agar kering simple :

  1. Agar agar tali 60 gram
  2. Air 1500ml ( kalau nak tambah air boleh sahaja, ikut kepekatan )
  3. Gula batu satu paket
  4. Gula Pasir Satu kilo setengah
  5. Pewarna (merah, biru, hijau, kuning, ikut suka )

Sesiapa yang nak tukar resepi agar agar kering kepada sukatan cawan, boleh klik atau rujuk pautan berikut :



Cara Buat Agar Agar Kering

Cara cara membuat agar agar kering :

  1. Basuh agar-agar tali
  2. Masak agar-agar tali bersama air sampai larut.
  3. Masukkan gula pasir serta gula batu sampai hancur.
  4. Asingkan kepada beberapa bekas 
  5. Letak pewarna yang anda sediakan
  6. Tunggu sampai sejuk. 
  7. Potong ikut saiz sedang-sedang (tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis)

Akhir sekali, jemur agar-agar tadi dalam talam sampai kering dalam tiga atau empat hari. Siap. Oh ya, kalau nak agar agar kering kurang manis boleh kurangkan kuantiti gula dan sebaliknya. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

×