Resepi Air Katira Sedap Mudah Simple Senang Asli

Resepi Air Katira Johor Sedap Mudah Simple Senang Asli Original. Apabila air katira yang dibeli tak kena dengan tekak sendiri.Makanya nak tak nak kita turun dapur dan buat sendiri air katira untuk kenikmatan serta kepuasan diri. Bagi yang belum tahu, air katira adalah salah satu minuman yang paling diminati oleh masyarakat Johor ( yang paling popular air katira abu bakar ) dan yang penting campuran bahan yang terkandung mengandungi pelbagai khasiat kepada kesihatan seperti mampu menyejukkan tubuh dan lain-lain. Jom saya kongsikan resepi air katira johor :

Resepi Air Katira Johor
Resepi Air Katira



Resepi Air Katira Asli Original Mudah Sedap Ringkas

Bahan untuk resepi air katira simple :

1. Air soda
2. Pewarna hijau
3. Perisa pandan
4. Biji selasih - Rendam terlebih dahulu kasi kembang
5. Cincau
6. Susu pekat
7. Gula dan garam

Cara Buat Air Katira Johor

Cara cara membuat air katira johor :


1. Masukkan perisa pandan dan pewarna hijau dalam bekas yg berisi air. Lebihkan pewarna hijau
2. Masukkan susu pekat serta kacau sampai sebati
3. Masukkan biji selasih dan cincau
4. Masukkan air soda
5. Masukkan gula dan garam sikit

Kalau nak air katira lebih lemak dan enak, sila masukkan susu cair. Selamat mencuba dan  selamat berbuka semua.

No comments:

Post a Comment