Resepi Bahulu Sukatan Cawan

Resepi Bahulu Sukatan Cawan Tradisional. Assalammualaikum kawan kawan semua. Hari ini saya ada buat kuih tradisional untuk juadah hari raya. Walaupun leceh untuk dibuat namun kuih bahulu merupakan kuih raya paling sedap untuk saya. Saya kongsikan resepi bahulu tradisional untuk rujukan kawan-kawan semua. Saya pakai sukatan mangkuk, InsyaAllah puas hati.

Resepi Bahulu Sukatan Mangkuk
Resepi Bahulu Tradisional


Resepi Bahulu Sukatan Mangkuk
  1. Satu mangkuk telur ( lapan biji telur).
  2. Satu setengah mangkuk gula pasir ( kisar hingga jadi tepung )
  3. Tiga sudu besar perisa ros.
  4. Dua setengah mangkuk tepung gandum (jemur tepung bagi ringan)


Cara Buat Bahulu Tradisional

Cara cara membuat bahulu :

  1. Pukul telur, perisa ros serta gula hingga kembang (putih)
  2. Kemudian, masukkn tepung sikit demi sikit. Kalau lembut boleh tambah tepung. Jangan terlalu keras kerana apabila bahulu sudah sejuk bahulu akan keras.
  3. Lumurkan tuang dengan minyak agar tidak melekat.


Akhir sekali, bakar selama sepuluh hingga lima belas minit Bergantung pada api.. Tapi ingat, jangan terlalu lama bimbang baulu hangus. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment