Resepi Biskut Arab Pelangi Sukatan Cawan

Resepi Biskut Arab Sukatan Cawan aka Biskut Bola Kristal Sukatan Cawan. Tugasan akhir semalam sebelum masuk tidur, biskut arab yang mudah dan sedap. Satu keluarga saya suka sangat biskut arab, setiap kali raya wajib ada kuih arab pelangi. Jom saya kongsikan resepi biskut arab simple :

Resepi Biskut Arab Pelangi Sukatan Cawan
Resepi Biskut Arab Pelangi

Resepi Biskut Arab Pelangi Sedap Mudah Lembut Gebu

Bahan untuk resepi biskut arab mudah :
  1. Dua cawan tepung gandum
  2. Satu cawan gula aising ( kalau tak suka manis, boleh  kurangkan setengah cawan )
  3. Dua sudu besar susu tepung
  4. Satu cawan minyak sapi ( cairkan )
  5. Mangkuk kertas
  6. Gula caster

Cara Buat Biskut Arab Pelangi

Cara cara membuat biskut arab pelangi :

  1. Masukkan semua bahan
  2. Gaul hingga jadi doh
  3. Bentukkan bulat,susun atas dulang

Akhir sekali, bakar suhu 160c selama dua puluh minit. Bergantung oven masing-masing. Bila dah suam, golekkan atas gula caster dan masukkan dalam mangkuk kertas. Siap.

> Resepi Biskut Arab Susu Sukatan Cawan

No comments:

Post a Comment

×