Resepi Biskut Bangkit Cheese Sukatan Cawan

Resepi Biskut Bangkit Cheese Sukatan Cawan. Hai  dan salam semua. Alhamdulillah saya baru siap buat kuih bangkit cheese yang mudah dan sedap khas untuk tetamu yang bakal bertandang ke rumah pada hari raya nanti. Kita bagi merasa biskut bangkit cheese yang cair di mulut kepada semua baik yang miskin yang kaya yang tua dan yang muda. Zaman viral sekarang kalau orang dengar bahan yang ada cheese je mesti jadi gerun dan gila nak makan. Jom saya kongsikan resepi biskut bangkit cheese mudah :

Resepi Biskut Bangkit Cheese Sukatan Cawan
Resepi Biskut Bangkit Cheese


Resepi Biskut Bangkit Cheese Gebu Lembut Senang Ringkas

Bahan untuk resepi biskut bangkit cheese simple :

Bahan A :


  1. 250gm buttercup (seketul)
  2. 150gm cream chesse Tantura (suhu bilik)
  3. Satu cawan gula halus
  4. Dua biji kuning telur


  • Mixer gula bersama butter hingga putih 
  • Masukkan cream chesse, telur. Mix lagi hingga sebati


Bahan B : Ayak


  1. Tiga cawan tepung ubi kayu
  2. Dua setengah cawan tepung jagung
  3. Satu sudu kecil baking powder
  • Ayak semua bahan diatas
Satu sudu kecil esen vanilla

Cara Buat Biskut Bangkit Cheese

Cara cara membuat biskut bangkit cheese :.

  1. Masukkan bahan B ( ayak ) ke dalam adunan bahan A 
  2. Keluarkan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Kalau adunan lembik tambah tepung ubi sikit.
  3. Dah siap uli , biarkan dalam bekas selama setengah jam.
  4. Terap guna acuan yang anda sediakan

Akhir sekali, bakar guna suhu 170 api atas bawah selama dua puluh minit. Bergantung pada oven masing-masing. Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment