Resepi Biskut Buah Kana Sedap Mudah Sukatan Cawan. Siapa yang pernah makan biskut buah kana tradisional dan lagenda ini ? Memang banyak nostalgia biskut buah kana ini kepada saya. Nak cerita empat hari tak habis lagi.  Antara koleksi resepi kuih raya yang mudah dan ringkas yang saya simpan untuk rujukan. Jom saya kongsikan kepada kawan-kawan resepi biskut buah kana mudah dan sedap :

Resepi Biskut Buah Kana Sedap
Resepi Biskut Buah Kana


Resepi Biskut Buah Kana Sukatan Cawan Lembut Gebu

 Bahan untuk resepi buah kana sukatan cawan :

  1. 250 gram Butter
  2. Tiga cawan tepung gandum
  3. Satu cawan tepung kastard
  4. Satu sudu kecil baking powder
  5. Dua cawan gula castor
  6. Satu  biji telur
  7. Esen vanilla sikit
  8. Jem ikut selera masing-masing  ( saya guna blackcurrent )


Cara Buat Biskut Buah Kana

Cara cara membuat biskut buah kana :


  1. Pukul butter bersama gula sampai sebati
  2. Selepas itu, masukkan telur dan pukul sebati
  3. Masukkan esen vanilla.
  4. Masukkan tepung dan pukul lagi bagi sebati.
  5. Ambil acuan sapu tepung kemudian ketuk

Akhir, susun dalam tray atau loyang dan bakar pada suhu 150 selama dua puluh minit. Kemudian sapu jem dan cantumkannya. Siap.