Resepi Biskut Cornlakes Sukatan Cawan Rangup Gebu Rapuh. Biskut cornflakes tradisional dan penuh lagenda, pertama kali buat pertama kali menjadi. Kalau chef wan tahu kejayaan saya pada malam ini mesti dia jeles. Terima kasih kepada yang sudi berkongsi resepi biskut cornflakes simple dan sedap ini. Kepada yang nak tau resepi biskut cornflake rapuh dan rangup, sila tengok dibawah :

Resepi Biskut Cornlakes Mudah
Resepi Biskut Cornlakes Rangup

Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Sukatan Cawan


Bahan untuk resepi biskut cornflakes mudah :


  1. Satu, tiga per empat cawan tepung gandum
  2. Satu per empat cawan tepung jagung
  3. Setengah sudu baking powder
  4. Dua cawan cornflakes ( ramas kasar )
  5. Dua ratus gram butter ( Suhu bilik )
  6. Tiga per empat cawan gula kastor
  7. Satu biji kuning telur

Cara Buat Biskut Cornflakes Rangup


Cara cara membuat biskut cornflakes sedap :


  1. Pukul gula dengan butter selama lima minit. ( Boleh guna whisk )
  2. Masukkan telur
  3. Selepas itu masukkan campuran tepung dan cornflake serta baking powder. 
  4. Gaul rata dan sebati
  5. Lapis nipis loyang guna butter
  6. Sudukan adunan sikit pada loyang. Ulang sampai habis adunan.

Akhir sekali, panaskan oven dahulu selama 10 minit pada suhu 170. Kemudian bakar selama lima belas hingga dua puluh minit pakai api atas bawah. Siap.