Resepi Biskut Kacang Hijau Sukatan Cawan Sedap Mudah

Resepi Biskut Kacang Hijau Sukatan Cawan Sedap Mudah. Uhhh ini bukan cobaan ini betul betul saya bersilat di dapur sehari suntuk untuk sediakan kuih raya, lepas buat biskut Tart nenas tadi saya sambung terus buat biskut kacang hijau peas. Saya guna resepi biskut kacang hijau mudah sahaja, resepi biskut kacang peas sukatan cawan :

Resepi Biskut Kacang Peas
Resepi Biskut Kacang Hijau


Resepi Biskut Kacang Hijau Cina Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi biskut kacang hijau simple ( sukatan dalam 50 biji ) :


  1. Satu cawan tepung kacang peas ( jika tiada boleh diganti dengan kacang peas dalam paket )
  2. Satu cawan tepung gandum
  3. Setengah cawan gula aising ( saya kurangkan  sesudu besar, tak nak rasa dia manis sangat nanti )
  4. Setengah sudu teh baking powder
  5. Setengah sudu teh garam
  6. Minyak Mazola ( anggaran dalam setengah cawan )
  7. Satu biji telur kuning
Cara Buat Biskut Kacang Hijau

Cara cara membuat biskut kacang hijau :


  1. Masukkan kesemua bahan kering dan gaul sampai sebati. 
  2. Tuangkan minyak mazola sikit demi sikit sampai terbentuk doh yang lembut.
  3. Bentukkan bulat-bulat macam guli.
  4. Berus bahagian atas kuih guna kuning telur.

Akhir sekali, bakar pada suhu 180c selama 15 minit atau sehingga masak, bergantung kepada kapasiti oven masing-masing.Dah siap, simpan dalam bekas kedap udara. Cara nak buat biskut kacang hijau mudah je kan, selamat mencuba semua.

No comments:

Post a Comment