Resepi Biskut Nestum Coklat Rangup Sedap Mudah Simple. Resepi kuih raya mudah dan ringkas datang lagi. Kali ini, kita buat kuih nestum coklat yang paling sedap dan paling mudah.Sebalang siap petang, malam lepas berbuka sudah tinggal setengah. Kerana sambutan menggalakkan, kita buat sekali lagi malam ini. Jom saya kongsikan resepi biskut nestum coklat tanpa bakar :

Resepi Biskut Nestum Coklat Rangup
Resepi Biskut Nestum Coklat


Resepi Biskut Nestum Coklat Mudah Sedap Ringkas Crunchy

Bahan untuk resepi biskut nestum coklat simple :

  1. Satu bar coklat masakkan
  2. Dua sudu butter
  3. Nestum secukupnya
  4. Cawan/ Cup


Cara Buat Biskut Nestum Simple

Cara cara membuat biskut nestum coklat :

  1. Cairkan coklat bersama butter
  2. Tunggu suam
  3. Masukkan nestum sikit demi sikit dan gaul
  4. Gaul sampai rata dan sebati
  5. Isi ke dalam  paper cup

Akhir sekali, masukkan ke dalam peti sejuk. Siap untuk di makan bersama ahli keluarga. Selamat mencuba.