Resepi Biskut Nestum Rangup Sukatan Cawan

Resepi Biskut Nestum Rangup Sukatan Cawan. Ada ke sesiapa yang suka dengan biskut nestum yang rangup dan sedap? Jika ada kita memang sehaluan. Saya setiap tahun tidak pernah tinggal untuk buat biskut nestum. Resepi biskut nestum paling mudah dan paling sedap serta paling saya suka. Jom saya kongsikan resepi biskut nestum mudah :

Resepi Biskut Nestum Sukatan Cawan
Resepi Biskut Nestum Rangup


Resepi Biskut Nestum Sukatan Cawan Mudah Sedap Rangup

Bahan untuk resepi biskut nestum simple :.

  1. 250 gram buttercup
  2. Satu cawan gula kastor
  3. Dua cawan tepung gandum
  4. Satu cawan tepung jagung
  5. Tiga cawan nestum madu
  6. Satu sudu esen vanilla
  7. Satu biji telur
  8. Choc chips

Cara Buat Biskut Nestum Simple

Cara cara membuat biskut nestum rangup :

  1. Satukan butter dan gula. Pukul sampai sebati
  2. Masukkan telur serta esen vanilla. Putar sampai sebati
  3. Masukkn tepung gndum, nestum, tepung jagung  Uli hingga adunan mesra dan sebati
  4. Kemudian, masukkan choc chips dan gaul.


Akhir sekali, bulatkn kecil-kecil, susun dalam loyang dan bakar pada suhu 160 selama 20minit atau sampai masak bergantung kepada keupayaan oven masing-masing. Cara nak buat biskut nestum mudah je kan, selamat mencuba semua.

No comments:

Post a Comment