Resepi Biskut Semperit Nutella Sukatan Cawan Sedap Simple

Resepi Biskut Semperit Nutella Sukatan Cawan Sedap Simple. Assalamualaikum semua. Saya ingin kongsikan satu lagi resepi kuih raya yang mudah dan ringkas. Saya sudah empat hari mengadap semperit nutella. Ini adalah tahun kedua saya ambil tempahan dari pelanggan. Suami dan anak-anak pun suka sangat makan biskut semperit nutella. Semalam habis setengah balang diaorang bedal lepas berbuka puasa. Resepi semperit nutella mudah dan senang sangat. Rasanya macam biasa lembut diluar dan cair dimulut. Sesiapa yang nak cuba boleh ambil resepi semperit nutella berikut :

Resepi Biskut Semperit Nutella Sukatan Cawan
Resepi Biskut Semperit Nutella

Resepi Biskut Semperit Nutella Mudah Sedap Ringkas Gebu

Bahan untuk resepi biskut semperit nutella simple :

  1. 130 gram butter
  2. Satu per empat cawan susu pekat
  3. Esen

  • Gaul sebati guna senduk


  1. Dua cawan tepung jagung
  2. Satu sudu besar tepung custard

  • Campur dalam adunan butter serta uli sampai sebati

  1. Chocholate chip
  •  Untuk hiasan.


Cara Buat Biskut Semperit Nutella

Cara cara membuat biskut semperit nutella :

  1. Bahagi doh kepada 2 bahagian
  2. Satu bahagian campurkan dengan tiga sudu besar nutella dan satu sudu serbuk koko.( Jika adunan terlalu lembut boleh tambah satu sudu tpung jagung )
Akhir, bakar pada suhu 180 api atas bawah selama dua puluh minit atau sampai masak bergantung kepada oven masing-masing. Selamat mencuba.

> Resepi Semperit Susu Sukatan Cawan

No comments:

Post a Comment

×